suria

Dua Lelaki Thailand Ditahan Kerana Sebabkan Kematian Wanita Australia

BANGKOK: Dua lelaki warga Thailand ditahan kerana dipercayai menyebabkan kematian seorang wanita dari Australia dalam kejadian ragut di sebuah pusat peranginan terkenal, Phuket.

Michelle Elizabeth Smith, 59, ditikam di bahagian dada oleh dua lelaki bermotosikal yang cuba merompaknya pada Rabu lalu berhampiran tempat penginapan mangsa di bandar Phuket.

Seorang suspek ditahan dekat Bangkok pada Isnin manakala seorang lagi di selatan wilayah Chumphon.

"Mereka didakwa kerana merompak dan membunuh. Kedua-duanya mengaku bersalah," kata pegawai polis, Chanasit Vatanavarangoon.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti kedua-dua suspek.

Tindakan kedua-dua suspek yang cuba melarikan diri selepas kejadian itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup.

Mangsa yang maut itu merupakan sebahagian daripada sekumpulan pengusaha pelancongan yang melakukan lawatan ke pulau tersebut.

Artikel Lain