suria

10 Terbunuh Dalam Kemalangan Van Di Nepal

KATMANDU, Nepal: Pegawai polis berkata, sebuah van penumpang terbabas di sebuah jalan di bukit di utara Nepal yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dan enam lagi cedera.

Pegawai polis Bharat Bohara berkata, pemandu hilang kawalan menyebabkan van yang dipandu terbabas kira-kira 100 meter ke bawah pada pagi Selasa.

Beliau berkata, mereka yang cedera telah dihantar ke hospital. Dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Kawasan kejadian kira-kira 480 kilometer utara dari bandar Katmandu. - AP

Artikel Lain