suria

Penjara Nigeria Diserang, 4 Pengawal Terbunuh

KANO: Sekumpulan penyerang bersenjatakan pistol dan bom menyerang sebuah penjara di bandar bergolak di timur laut Nigeria, menyebabkan empat pengawal penjara terbunuh, kata pihak berkuasa.

Serangan tersebut berlaku di bandar Damaturu yang sebelum ini bergolak akibat pertempuran sengit antara pihak keselamatan dan kumpulan militan Boko Haram, yang menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang maut pada minggu lalu.

Tiada maklumat lanjut berhubung kumpulan yang menyerang dan jumlah anggota Boko Haram yang ditahan di penjara tersebut dapat melarikan diri dalam serangan berkenaan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain