suria

Obama Ucap Tahniah Kemenangan Morsi

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada Isnin mengucapkan tahniah kepada Mohamed Morsi selepas memenangi pilihan raya Presiden Mesir.

Ucapan tahniah itu diberi Obama menerusi telefon dan menyatakan sokongan AS terhadap proses peralihan demokrasi Mesir.

"Beliau menekankan pentingnya kerjasama erat antara presiden baru Mesiri itu dalam konteks hubungan bersama serta memperluaskan lagi kepentingan antara Mesir-AS untuk jangka masa panjang," kata kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih.

Obama juga meminta calon presiden yang tewas, Ahmed Shafiq yang juga bekas Perdana Menteri agar terus memainkan peranannya dalam politik Mesir serta berkerjasama sama dalam kerajaan bagi membentuk perpaduan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain