suria

Lelaki Britain Maut Terjun Dari Menara Eifel

PARIS: Seorang lelaki warga Britain ditemui mati dipercayai membunuh diri dengan terjun dari Menara Eiffel pada Isnin, menurut polis Paris.

Lelaki tersebut memanjat struktur menara tertinggi itu kira-kira pukul 11.30 malam pada Ahad.

Tindakan itu memaksa polis mengarahkan orang ramai supaya meninggalkan menara tersebut dan cuba memujuk mangsa.

Bagaimanapun rundingan itu gagal dan lelaki berkenaan terjun di antara ketinggian 125 dan 324 meter.

"Insiden bunuh diri kerap kali berlaku di sini tetapi amat jarang sekali seseorang berupaya memanjat menara setinggi ini," kata jurucakap polis.

Menara setinggi 324 meter itu merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Paris yang mampu menarik kira-kira 7.1 juta pelancong pada 2011 dengan purata pengunjung seramai 20,000 orang setiap hari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain