suria

Mohamed Morsy Menang Pilihanraya Presiden Mesir

KAHERAH: Mohamed Morsy wakil dari Ikhwanul Muslimin telah dipilih sebagai Presiden Mesir selepas meraih 51.7 peratus undi dalam proses pengundian yang diadakan hujung minggu lepas, mengalahkan bekas Perdana Menteri Ahmed Shafik, menurut jawatankuasa pilihan raya negara ini pada Ahad.

Beliau berjaya menggantikan Hosni Mubarak, yang telah digulingkan sejak 16 bulan lalu selepas pemberontakan besar-besaran.

Beribu-ribu penyokong Ikhwanul Muslimin bersorak di Dataran Tahrir, Kaherah, mengibarkan bendera negara dan melaungkan "Allahu Akbar!" atau Allah Maha Besar, menyambut kemenangan dramatik.

Morsy, yang berusia 60 tahun, berkelulusan dalam bidang kejuruteraan Amerika Syarikat (AS) menghabiskan masa di penjara di bawah pemerintahan Mubarak, memenangi undi pusingan pertama pada bulan Mei.

Artikel Lain