suria

Kapal Karam di P. Krismas: Tiga Maut, 110 Berjaya Diselamatkan

SYDNEY: Tiga disahkan meninggal dunia pada Jumaat manakala 110 lagi berjaya diselamatkan apabila sebuah kapal karam di Pulau Krismas, Australia.

Dipercayai 200 individu berada di atas kapal ketika nahas berlaku. "Seramai 110 terselamat dan 3 disahkan meninggal dunia setakat ini. Antara yang terselamat adalah kanak-kanak berusia 13 tahun," kata jurucakap Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA). "Mereka yang terselamat sudah tiba di Pulau Krismas.

Mereka dibantu dengan menggunakan jaket keselamatan dan kita yakin mampu menyelamatkan lebih ramai mangsa," katanya.

Kapal yang dalam perjalanan dari Sri Lanka itu membuat panggilan kecemasan dan terbalik 120 batu nautika di utara Pulau Krismas, kira-kira 2,600 kilometer dari tanah besar Australia, petang Khamis. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain