suria

Kumpulan Bersenjata Serang Hotel Di Kabul

KABUL: Kumpulan militan bersenjatakan roket dan senapang automatik melancarkan serangan nekad ke atas sebuah hotel di sini dan menahan beberapa tebusan.

Pasukan keselamatan Afghanistan dan tentera gabungan bertindak dengan membalas serangan yang berlaku di Tasik Qargha di pinggir bandar Kabul, kata jurucakap Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF).

Katanya, serangan itu disasarkan kepada pasukan polis dan orang awam mengakibatkan beberapa individu termasuk polis dan orang awam cedera.

Serangan yang didalangi puak Taliban itu muncul selepas beberapa jam Presiden Hamid Karzai memberi amaran bahawa serangan terhadap polis dan tentera tempatan bertambah ketika mereka sudah bersedia mengambil alih keselamatan negara itu apabila tentera NATO meninggalkan negara berkenaan pada 2014. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain