suria

Dua Remaja Ditahan Selepas Disyaki Bunuh Nenek

PANAJI, India: Polis Goa menahan dua remaja lelaki, selepas disyaki membunuh nenek mereka dan mengambil wang untuk kegunaan berjudi di Liga India Perdana (ILP).

Remaja berkenaan yang berusia 14 dan 15 tahun itu antara lima geng yang ditahan polis kerana terlibat dengan pembunuhan seorang warga emas, Linda Cajetan Andrade,65, yang ditemui bogel di rumahnya bulan lepas.

Kumpulan tersebut juga disyaki mencuri 400,000 rupees (RM22,600) dan barangan kemas di rumah tersebut. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain