Putin Mahu Ke Sukan Olimpik London Menyaksikan Perlawanan Judo

MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin berkata beliau merancang untuk pergi ke Sukan Olimpik London atas kapasiti persendirian dan menonton perlawanan judo.

Putin, pada hari Rabu berkata Perdana Menteri Dmitry Medvedev akan mengetuai delegasi rasmi Rusia dalam pertandingan itu.

Putin, pemegang tali pinggang hitam sukan judo, sering dirakamkan gambarnya ketika bermain sukan itu dan juga merakamkan DVD pengajaran judo.

Sukan Olimpik London akan diadakan dari 27 Julai hingga 12 ogos.

Artikel Lain