suria

Mubarak Masih Koma, Perlu Alat Bantuan Sokongan Untuk Hidup

KAHERAH: Pegawai keselamatan berkata Hosni Mubarak berada dalam keadaan koma tetapi bertarung untuk hidup dengan hati dan organ-organ penting yang lain masih berfungsi.

Pada Selasa malam, media kerajaan melaporkan bahawa bekas presiden yang berusia 84 tahun yang digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada tahun lepas, mengalami strok dan memerlukan sokongan dan bantuan pernafasan.

Beliau kemudiannya telah dipindahkan ke hospital tentera dari hospital penjara di Kaherah di mana beliau baru-baru ini mula menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Pegawai-pegawai keselamatan pada Rabu berkata satu pasukan yang terdiri daripada 15 doktor telah menyelia keadaan Mubarak, yang memerlukan bantuan dengan pernafasan.

Para pegawai bercakap tanpa mahu dikenali kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.-AP

Artikel Lain