suria

Indonesia Sambut Baik Perkembangan Di Laut China Selatan

JAKARTA: Indonesia pada Rabu menyambut baik langkah China dan Filipina berkaitan dengan wilayah yang dipertikai kedua-dua pihak di Laut China Selatan.

"Berita penarikan kapal kedua-dua negara dari wilayah yang disengketakan memberikan sumbangan positif bagi pengurangan ketegangan antara kedua-dua negara," kata Menteri Luar Negeri Indonesia Marty Natalegawa.

"Perkembangan positif ini selaras dengan usaha yang dilakukan Indonesia untuk mendorong kedua-dua negara agar tidak menambah ketegangan dan sebaliknya mendorong penyelesaian damai melalui usaha diplomasi," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Kerajaan Indonesia, katanya, mengulangi penegasannya tentang keperluan mempertahankan momentum positif pelaksanaan Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea oleh Asean dan China, termasuk pengenalan elemen-elemen dari Kod Tatacara di Laut China Selatan. - BERNAMA

Artikel Lain