suria

Bekas PM Romania Cuba Bunuh Diri Tidak Mahu Dipenjara

BUCHAREST: Bekas Perdana Menteri Romania Adrian Nastase, pada Rabu, cuba membunuh diri apabila polis datang untuk membawanya memulakan tempoh dua tahun penjara kerana kes rasuah.

Nastase cuba membunuh diri apabila polis tiba di rumahnya di kawasan bandar mewah untuk membawanya ke penjara, menurut Mahkamah Bucharest dalam satu kenyataan.

Saksi Reuters melihat berusia bekas pemimpin berusia 61 tahun, yang menjadi perdana menteri dari 2000 hingga 2004 diusung dari rumah dan dibawa dengan ambulans.

Media tempatan melaporkan beliau telah menembak dirinya sendiri dengan pistol dan cedera di leher.

Perdana Menteri Victor Ponta, sekutu parti Nastase berkejar ke hospital di mana beliau dirawat.

"Saya tidak dapat menjauhkan diri," katanya.

"Doktor memberitahu saya situasi adalah di bawah kawalan."

Mahkamah Agung sebelum ini telah mengesahkan Nastase perlu dipenjara dua tahun, mengejutkan orang ramai yang menyangka ahli-ahli politik yang masih berada di atas undang-undang di Romania.

Artikel Lain