suria

Air France Rancang Cantas 5,000 Pekerja Menjelang 2014

PARIS: Syarikat penerbangan Perancis, Air France mengumumkan pada Khamis bahawa mereka berhasrat untuk memotong sehingga 5,000 pekerjaan atau 10 peratus daripada kekuatan tenaga kerjanya secara opsyen sukarela menjelang 2014.

Secara terperincinya sejumlah 5,122 pekerjaan akan dikurangkan dan rundingan dengan pihak kesatuan sedang berlangsung bagi membolehkannya dilakukan secara opsyen sukarela.

Air France berjanji segala proses pemberhentian akan dilakukan secara telus dan terbuka tanpa sebarang niat sebaliknya.

Syarikat penerbangan itu bercadang untuk menandatangani perjanjian dengan pihak kesatuan menjelang 28 Jun ini.

Artikel Lain