suria

Ribut Tropika Akibatkan Tanah Runtuh Di Taiwan

TAIPEI: Lebih daripada 2,000 orang telah dipindahkan dari kediaman masing-masing akibat ribut tropika yang menyebabkan banjir di Taiwan.

Ribut tropika Talim mengganggu laluan udara dan landasan kereta api, Rabu.

Tanah runtuh dilaporkan berlaku di lebuh raya.

Laporan televisyen menyebut air laut menenggelamkan rumah-rumah dan jalan raya, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Biro Cuaca Pusat berkata ribut Talim telah bergerak ke arah timur laut melalui Selat Taiwan dengan kelajuan angin 83 kilometer sejam (52 mph).

Ia telah bergerak ke arah selatan Jepun.

Artikel Lain