suria

10 Rakyat Afghanistan Terbunuh Dalam Pengeboman Berani Mati

KABUL: Pegawai rasmi di Afghanistan berkata seorang lelaki telah menyumbat motosikalnya penuh dengan bahan letupan sebelum merempuh konvoi tentera antarabangsa di timur, menyebabkan letupan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 rakyat Afghanistan.

Ahli majlis di wilayah Khost, Shafiq Mujahid berkata serangan berlaku di ibu kota wilayah Khost kira-kira tengah hari Rabu.

Beliau berkata penyerang menunggang motosikal tetapi tidak memberikan butiran lain.

Pengarah hospital bandar tersebut, Majid Mangal berkata 10 mayat telah dibawa masuk ke hospital dari tapak letupan itu bersama-sama dengan 13 lain yang cedera. Beliau berkata mereka yang mati termasuk seorang pegawai polis dan seorang kanak-kanak yang berusia 15 tahun.

Masih belum dapat dipastikan jika ada tentera antarabangsa terbunuh atau cedera.

Seorang jurucakap gabungan tentera antarabangsa pimpinan Amerika Syarikat (AS) enggan mengulas dengan menyatakan mereka belum lagi mempunyai laporan mencukupi kejadian itu.

Artikel Lain