suria

Tanah Runtuh Di Maluku: Tiga Maut, 10 Lagi Masih Hilang

JAKARTA: Tiga orang terbunuh manakala 10 lagi masih hilang selepas mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berikutan hujan lebat di barat Indonesia.

"Hujan lebat di bandar Ambon, wilayah Maluku menyebabkan tanah runtuh awal pagi Selasa.

"Tiga orang terbunuh dan dua berjaya diselamatkan," kata ketua pencari dan penyelamat Ambon, Brory Tjoko.

Menurutnya, seramai 10 lagi mangsa masih hilang dan pasukan pencari sedang berusaha menjejaki mereka.

Bencana alam itu turut menyebabkan dua buah rumah musnah teruk.

Artikel Lain