suria

Penyanyi Popular Pakistan Mati Ditembak

PESHAWAR: Seorang penyanyi popular Pakistan yang melarikan diri daripada puak Taliban untuk meneruskan karier muzik, mati ditembak di Peshawar.

Menurut polis, Ghazala Javed, 24, ditembak enam kali oleh beberapa lelaki bersenjata ketika dia meninggalkan pusat kecantikan.

Polis memberitahu mereka tidak mengesyaki puak Taliban sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu.

Bagaimanapun, polis percaya bekas suami mangsa adalah suspek utama kes berkenaan.

Bapa mangsa yang berada bersama Javed turut terbunuh.

Artikel Lain