suria

Letupan Kilang Mercun Di China, 14 Maut

BEIJING: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 13 lagi cedera dalam kejadian letupan berasingan di dua kilang mercun di China.

Agensi berita Xinhua melaporkan, kejadian pertama berlaku di kilang mercun berlesen di Yinchun, timur wilayah Jiangxi pada Isnin menyebabkan tujuh orang terbunuh dan seorang cedera.

Katanya, tujuh orang maut dan 12 lagi cedera dalam kejadian letupan kedua yang berlaku di sebuah kilang mercun yang tamat lesen perniagaan di Dongtun, tengah wilayah Henan.

Pihak berkuasa mengarahkan semua kilang mercun di dua wilayah terbabit ditutup dan punca kedua-dua letupan masih lagi disiasat.

Artikel Lain