Syarikat Media, Fairfax Australia Akan Kurangkan 1,900 Pekerjaan - Dunia | mStar

Syarikat Media, Fairfax Australia Akan Kurangkan 1,900 Pekerjaan

SYDNEY: Syarikat media gergasi Australia, Fairfax, akan mengurangkan 1,900 pekerjaan ke arah masa depan digital.

Sebagai sebahagian daripada perancangan itu, akhbar Sydney Morning Herald dan The Age di Melbourne akan beralih daripada format helaian lebar kepada saiz tabloid yang lebih padat dan dua kilang percetakan akan ditutup.

Ketua Eksekutif Greg Hywood menyifatkannnya sebagai mercu tanda untuk akhbar Herald, yang memulakan penerbitan pada tahun 1831, dan The Age, yang diasaskan pada tahun 1854.

"Tiada siapa yang perlu meraguinya kerana kami beroperasi dalam keadaan yang sangat mencabar," katanya ketika menjelaskan mengapa 20 peratus daripada 10,000 tenaga kerja syarikat akan hilang pekerjaan.

"Sikap pembaca telah berubah dan tidak akan berubah kembali kepada yang asal. Hasilnya, kami mengambil tindakan tegas dengan mengubah cara asas kita menjalankan perniagaan."

Fairfax, yang mempunyai surat khabar, radio dan kepentingan digital, adalah saingan utama kepada News Limited, empayar Rupert Murdoch, di Australia, yang juga mengalami masalah sama dan dilaporkan bersedia untuk memberhentikan pekerja dalam jumlah yang besar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Neymar terus kekal di PSG?