suria

Samsung Electronics Mahu Lebih Fokus Dalam Perisian

SEOUL: Ketua Eksekutif baru bagi syarikat gergasi Korea Selatan, Samsung Electronics pada Isnin menegaskan mahu memfokuskan lebih banyak pelaburan terhadap perisian bagi memastikan syarikat itu meneraju dalam industri teknologi yang berkembang pesat.

Kwon Oh-Hyun berkata, Sambung yang merupakan pesaing terdekat Apple pada suku pertama telah menjadi pembuat telefon pintar yang terulung dari segi jualan, akan berusaha lebih keras untuk membina “platform unik dan ekosistem” bagi mengukuhkan kedudukan itu di pasaran.

“Satu fokus khusus perlu dilaksanakan dengan memberi pengalaman baru kepada pelanggan dan nilai berdasarkan pengukuhan kapabiliti dalam perisian, pengalaman pengguna, rekaan dan penyelesaian,” katanya dalam satu ucapan.

Samsung Electronics juga merupakan pengeluar televisyen skrin rata dan cip memori terbesar telah mengukuhkan perniagaan perisian mudah alihnya yang dilihat lebih lemah berbanding operasi pembuatan perantinya yang lebih kukuh.

Syarikat ini juga popular kerana telefon pintar dan tablet komputer bagi siri Galaxy S dan Galaxy Tab yang menggunakan sistem operasi Android daripada Google. - AFP

Artikel Lain