Peraturan Baru Untuk Benarkan Graduan Asing Bekerja Di Australia - Dunia | mStar

Peraturan Baru Untuk Benarkan Graduan Asing Bekerja Di Australia

MELBOURNE: Penuntut asing di universiti Australia akan layak mendapat visa kerja selama dua hingga empat tahun selepas mereka tamat pengajian di bawah peraturan imigresen yang akan diperkenalkan kerajaan Australia tahun depan.

Pemegang visa itu perlu mahir dalam bahasa Inggeris dan mempunyai insurans kesihatan, serta lulus ujian kesihatan dan peraturan keselamatan serta perwatakan yang baik, lapor akhbar The Australian.

Menteri Imigresen, Chris Bowen berkata, perluasan skim visa Graduan Mahir akan membantu meningkatkan daya saing industri kemasukan pelajar ke Australia bernilai A$18 bilion.

Ia juga berpotensi untuk membenarkan kesemua 220,000 penuntut asing di Australia bekerja dalam sebarang jenis pekerjaan selepas tamat pengajian.

Sistem yang ada sekarang terhad kepada graduan yang menuntut dalam bidang pekerjaan mahir - termasuk perdagangan, perubatan, kejuruteraan, seni bina, perakaunan dan perguruan - yang boleh bekerja sehingga 18 bulan.

Penuntut asing dalam bidang lain perlu meninggalkan Australia dalam tempoh sebulan selepas tamat pengajian, kata akhbar itu.

Bagaimanapun, mulai tahun depan visa akan diberi kepada semua graduan tanpa mengira bidang pengajian mereka.

Had tempoh 18 bulan pula dilanjut kepada dua tahun untuk graduan Ijazah Pertama, tiga tahun bagi Sarjana dan empat tahun untuk Doktor Falsafah.

"Peraturan ini tidak melibatkan pekerja asing mahir, oleh itu ia tidak memerlukan pemohon menamakan pekerjaan dalam senarai pekerjaan mahir atau menjalani penilaian kemahiran," kata seorang jurucakap untuk Bowen kepada akhbar itu.

Di bawah skim yang ada sekarang, visa kerja dikeluarkan kepada 24,359 penuntut dalam tempoh sembilan bulan sehingga Mac, meningkat 85 peratus dalam tempoh setahun. – BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain