suria

Pentas Konsert Radiohead Runtuh, Seorang Terbunuh

Keadaan pentas yang runtuh di Downsview Park, Toronton. Foto REUTERS
Keadaan pentas yang runtuh di Downsview Park, Toronton. Foto REUTERS
Keadaan pentas yang runtuh di Downsview Park, Toronton. Foto REUTERS

MONTREAL: Sebuah pentas runtuh sehingga seorang terbunuh, kira-kira beberapa jam sebelum konsert Radiohead diadakan di Toronto, kata polis pada Ahad.

“Tidak lama selepas pukul 4 petang, satu bahagian pentas konsert di Downsview Park runtuh,” kata seorang jurucakap polis Toronto.

“Anggota kecemasan telah bertindak dengan sewajarnya, ada seorang yang mati.”

CNC melaporkan terdapat tiga lagi cedera.

Kemalangan yang berlaku di Downsview Park melibatkan satu persembahan yang dihadiri 40,000 orang, kira-kira tiga setengah sebelum konsert bermula.

Radiohead menulis pesanan di Twitter dengan berkata: “Disebabkan oleh keadaan di luar dugaan, (persembahan) malam ini di Downsview Park telah dibatalkan. Para peminat dinasihatkan untuk tidak datang ke konsert.” - AFP

Artikel Lain