Empat Rakyat Jepun Hilang Selepas Runtuhan Salji Di AS - Dunia | mStar

Empat Rakyat Jepun Hilang Selepas Runtuhan Salji Di AS

TOKYO: Empat pendaki warga Jepun dalam linkungan antara 50 dan 60-an hilang selepas mereka ditimus oleh runtuhan salji di Gunung McKinley di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganjur lawatan pada Ahad.

Lima pendaki dalam satu ekspedisi ke gunung itu telah terperangkap dalam runtuhan salji pada Khamis, kata pegawai Miyagi Workers Alpine Federation, yang merupakan penganjur lawatan itu kepada AFP.

Seorang daripada mereka terselamat daripada jurang glasier itu dan kembali ke kem pangkalan.

Gunung Mckinley terletak di negeri Alaska di puncak tertinggi Utara AS dengan ketinggian 6,194 meter.

Anggota Taman Negara Denali telah berusaha mencari pendaki yang hilang menggunakan helikopter tetapi gagal mengesan mereka, lapor Jiji Press dan media Jepun lain. - AFP

Artikel Berkaitan

Artikel Lain