suria

Samseng Jepun Ditangkap Di Thailand Tipu $1.6 Juta

BANGKOK: Polis imigresen menahan seorang lelaki yang dipercayai menjadi anggota utama salah satu rangkaian mafia terbesar di Jepun yang dituduh menipu sebanyak $1.6 juta sebuah syarikat di sana.

Polis, Kol. Chartchai Ieamsaeng berkata polis menemui Ushio Sugawara, berbangsa Jepun pada Khamis di rumah tumpangan di Bangkok selepas menerima maklumat daripada Kedutaan Jepun.

Polis Jepun mengeluarkan waran tangkap terhadap Sugawara dan tiga ahli geng lain pada tahun 2010 atas dakwaan menipu wang dari sebuah syarikat Jepun melalui proksi.

Anggaran kerugian daripada penipuan adalah 130 juta yen ($1.6 juta).

Chartchai, pada Jumaat berkata Sugawara adalah ahli kumpulan Sixth Yamaguchi-Gumi, salah satu kumpulan mafia terbesar Jepun.

Beliau berkata Sugawara melarikan diri ke Thailand lapan bulan lalu dan akan pulang ke Jepun.

Artikel Sebelum

Artikel Lain