suria

Pesanan EU Kepada Rejim Syria: Tiada Kaviar, Tiada Kereta Mewah

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mempunyai pesanan untuk rejim Syria yang dituduh membunuh beribu-ribu rakyatnya sendiri iaitu ‘Tiada kaviar, kasut mewah atau cerut sehingga keganasan dihentikan.

Majlis Eropah pada Jumaat berkata, ia telah diberi kuasa untuk mengenakan larangan eksport ke Syria bagi beberapa barang mewah yang boleh digunakan bagi penindasan dalaman.

Senarai itu akan disiarkan pada Sabtu, tetapi kenyataan menyebut beberapa contoh seperti kaviar, kasut dan pakaian yang berharga lebih 600 euro (RM2,386.51), mutiara, dan kereta yang berharga lebih 25,000 Euro (RM99,437.87).

Turut yang disekat adalah topeng gas, bahan kimia dan toksin tertentu.

Ketua dasar luar EU, Catherine Ashton berkata, tindakan itu perlu untuk mengekalkan tekanan antarabangsa ke atas rejim Syria supaya menghentikan keganasan.

Beliau berkata, sekatan itu diwujudkan bagi mengelak daripada rakyat biasa Syria dicederakan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain