suria

Permohonan Paten Apple Beri Petunjuk Kanta Boleh Ubah Kamera iPhone

SAN FRANCISCO: Permohonan paten di Amerika Syarikat (AS), pada Khamis, membayangkan kepada orang awam bahawa Apple mungkin muncul dengan kanta boleh ubah pada kamera telefon pintarnya, untuk pengguna iPhone yang gemar mengambil gambar.

Permohonan Apple untuk "panel belakang pada peranti elektronik mudah alih dengan pilihan kanta kamera yang berbeza" termasuk gambarajah yang boleh dibuka pada bahagian berlabel iPhone.

Permohonan juga menghuraikan reka bentuk untuk membolehkan pengguna menukar kanta yang biasanya berada di belakang telefon pintar untuk bertindak sebagai "mata" untuk kamera.

"Ia adalah wajar untuk menyediakan struktur untuk peranti kompak yang membolehkan pengguna akhir untuk menyusun semula susunan optik peranti ini dan dalam masa yang sama mengekalkan faedah peranti yang menggunakan subsistem pra-pengimejan digital yang dipasang," menurut satu salinan permohonan paten yang boleh dilihat dalam talian.

Artikel Lain