suria

Dana Air Akan Terbang Semula Jika Dapat Kebenaran

LAGOS, (Nigeria): Syarikat penerbangan Nigeria yang terhempas dan mengorbankan lebih 150 orang akan kembali meneruskan khidmatnya tidak lama lagi meskipun orang ramai bimbang mengenai tahap penerbangannya yang menggunakan pesawat yang lama, kata sebuah syarikat eksekutif pada Khamis.

Penyiasat meneruskan siasatan mengenai punca pesawat Dana Air MD-83 yang kehilangan tenaga pada kedua-dua enjinya sehingga menyebabkan ia terhempas pada 3 Jun lalu di kawasan kejiranan Lagos.

Gautam Hathiramani, seorang ahli lembaga pengarah syarikat penerbangan itu memberitahu The Associated Press dalam satu temuramah bahawa syarikat penerbangan itu menaruh kepercayaan terhadap baki lima pesawat MD-83 berikutan beberapa syarikat penerbangan lain di seluruh dunia masih terbang menggunakan pesawat yang sama.

“Kami tidak teragak-agak untuk menerbangkan kesemuanya kembali kerana kami selalu menyelenggaranya dengan lengkap dan juga telah diiktiraf selamat untuk diterbangkan ke udara,” kata Hathiramani.

Mereka yang lain, bagaimanapun, masih dengan pandangan skeptikal terhadap syarikat penerbangan itu selepas berlakunya tragedi kapal terbang terhempas di Nigeria, sebuah negara yang sering berlakunya nahas pesawat syarikat penerbangan sejak beberapa dekad.

Pesawat MD-83 telah menjangkau usia lebih 20 tahun, satu hayat yang tidak biasa berlaku di kalangan syarikat penerbangan, walaupun pesawat memerlukan lebih banyak penyelenggaraan dan perhatian apabila semakin berusia.

“Ia merupakan model yang telah diuji dan dilihat sebagai bersesuaian dengan konfigurasi yang betul untuk pasaran,” kata Hathiramani. - AP

Artikel Lain