suria

Disney Perkenal Taman Tema Yang Diberi Nafas Baru

'Cars Land' merupakan antara tarikan baru di 'Disney California Adventure' selepas ia diberi nafas baru menerusi proses pembaikpulihan selama lima tahun. Foto REUTERS
'Cars Land' merupakan antara tarikan baru di 'Disney California Adventure' selepas ia diberi nafas baru menerusi proses pembaikpulihan selama lima tahun. Foto REUTERS
'Cars Land' merupakan antara tarikan baru di 'Disney California Adventure' selepas ia diberi nafas baru menerusi proses pembaikpulihan selama lima tahun. Foto REUTERS

ANAHEIM, (California): Disney kini siap memberikan nafas baru kepada ‘Disney California Adventure’ selepas menjalankan pengubahsuaian semula ke atas taman itu.

Maka berakhirnya lima tahun pembaikpulihan yang menelan belanja lebih AS$1 bilion (RM3.18 bilion) untuk memperbetulkan masalah-masalah di taman berkenaan.

Lokasi taman itu yang sepatutnya menjadikan Disneyland Resort sebagai sebuah destinasi kunjungan setiap hari seperti Walt Disney World di Orlando, Florida, telah dianggap memalukan syarikat itu sejak ia dibuka pada tahun 2001.

Pelawat membuat rungutan tentang ketiadaan hubungan yang lancar untuk ke Disney dan mengadu mengenai ia seolah-olah dibina dengan kos yang murah.

Ketua Pegawai Eksekutif Walt Disney Co, Bob Iger sebelum ini mengakui taman berkenaan sebagai sesuatu “jenama yang menyakitkan mata.”

Beliau memberitahu para pelabur bahawa pengubahsuaian akan dilakukan bagi memperbetulkan masalah-masalah yang ada dan menghubungkan semua perniagaan di kawasan resort, termasuk Disneyland yang terletak bersebelahan.

Taman-taman tema itu adalah menjangkaui daripada sekadar hiburan dan permainan untuk Disney.

Lima lokasi taman itu, termasuk Tokyo, Paris dan Hong Kong serta kapal persiaran dan kemudahan percutian itu menjana sebanyak AS$11.8 bilion (RM37.54 bilion) pada tahun fiskal pada 2011, iaitu hampir 30 peratus daripada perolehan tahunan syarikat itu AS$40.9 bilion (RM130.13 bilion).

Awalnya, Disney menjangkakan California Adventure akan mempengaruhi orang ramai untuk menetap di hotel, dan melanjutkan penginapan mereka di Anaheim.

Sebaliknya, ia menjadi sebuah tempat untuk golongan dewasa mendapatkan minuman beralkohol, atau kanak-kanak menghabiskan untuk beberapa jam sahaja di taman itu sebelum kembali ke Disneyland.

Taman itu mula melalui pengubahsuaian semula sejak 2008.

Kebanyakan ciri baru bergantung pada watak-watak daripada filem-filem Disney yang diambil-alih oleh Pixar Animation Studios seperti “Cars”, “Toy Story”, “Monster Inc” dan “A Bug’s Life.” - AP

Artikel Lain