suria

Mereka Mahu Bunuh Saya - Mubarak

KAHERAH: Presiden Mesir yang dugulingkan, Hosni Mubarak, yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup atas dakwaan membunuh beramai-ramai penunjuk perasaan, berkata pihak berkuasa mahu membunuh beliau di dalam penjara ketika beliau sedang bertarung dengan masalah kesihatan, menurut peguamnya.

"Dia berkata: ‘Mereka mahu bunuh saya. Tolong selamatkan saya, Encik Farid. Silalah cari jalan penyelesaian," kata Ketua Peguam kes pembunuhan dan rasuah bekas presiden itu, Farid al-Deeb yang berakhir hujung bulan lalu.

"Keadaannya amat kritikal. Saya merayu melalui agensi berita AFP kepada semua pemimpin dunia dan NGO: selamatkan Mubarak", kata Farid.

Menurut satu sumber Kementerian Dalam Negeri, keadaan Mubarak berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil dan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memindahkan Mubarak ke hospital tentera di ibu negara. - AFP

Artikel Lain