suria

Sidang Kemuncak G-20 Bukan Tempat Bincang Isu Di Syria - Diplomat China

BEIJING: Diplomat tertinggi China berkata keadaan di Syria tidak seharusnya dijadikan agenda pada sidang kemuncak G-20 di Mexico, akan datang, kerana mesyuarat itu perlu terus memberi tumpuan kepada isu-isu ekonomi global, termasuk krisis hutang Eropah.

Naib Menteri Luar Cui Tiankai, pada Isnin, memberitahu pemberita pada satu taklimat, walaupun terdapat kebimbangan global yang meruncing terhadap keadaan di Syria, sidang kemuncak itu bukan merupakan tempat yang sesuai untuk perbincangan.

Beliau berkata isu-isu politik dan keselamatan bukan agenda pada G-20 sebelum ini dan tidak seharusnya dilakukan pada masa sekarang.

Cui berkata Beijing akan memberi penekanan kepentingan negara-negara membangun tetapi mengakui masalah kewangan Amerika Syarikat dan Eropah tidak dapat dielakkan daripada mendominasi perbincangan mesyuarat di G-20 kerana saiz dan pengaruh ekonomi mereka.

Artikel Berikut

Artikel Lain