suria

PM Britain Tinggalkan Anak Perempuan 8 Tahun Di Pub

LONDON: Ia merupakan mimpi ngeri bagi semua ibu bapa: Pulang ke rumah dari satu majlis dan menyedari seorang anak hilang.

Tetapi ia boleh juga boleh menjadi isu politik sekiranya perkara tersebut turut dihadapi oleh perdana menteri.

Pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron pada Isnin mengesahkan bahawa beliau dengan tidak sengaja meninggalkan anak perempuannya, Nancy yang berusia lapan tahun di sebuah pub selepas menikmati makan tengah hari bersama keluarga.

Insiden itu mencetuskan perdebatan di Britain mengenai sifat keibubapaan Cameron dan ia hanya berlaku beberapa minggu selepas kerajaan menyediakan sebuah program yang mengajar ibu bapa bagaimana untuk membesarkan anak-anak kecil mereka.

Ia menunjukkan satu perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat (AS) di mana agen perkhidmatan rahsia akan menjaga dan memantau keluarga presiden mengikut rutin apabila mereka berada di tempat awam.

Dalam laman web keibubapaan yang popular di Britain iaitu Mumsnet mendapati sebahagian mereka berkata, kesilapan itu “begitu mudah dilakukan” manakala yang lain tertanya-tanya mengapa Cameron tidak menjaga anak kecilnya dengan lebih berhati-hati. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain