suria

Pelajar AS Terselamat Sembilan Hari Terperangkap Di Hutan New Zealand

WELLINGTON: Dua pelajar dari Amerika yang berusia 21 tahun telah berjalan keluar dari hutan belantara New Zealand selepas terperangkap selama sembilan hari dalam ribut salji.

Pihak polis berkata, mereka terselamat dengan mencatu bekalan mereka sambil menjejaki jalan keluar dan memanaskan diri mereka dalam air panas.

Alec Brown dan Erica Klintworth, dua pelajar dari Universiti of Wisconsin Stevens Point yang belajar di luar negara.

Mereka telah merancang untuk mendaki dan berkhemah selama beberapa hari di kolam air panas di Pulau Selatan New Zealand.

Tetapi pihak berkuasa berkata hujan lebat dan ribut salji menghalang pasangan itu daripada menyeberangi sungai untuk pulang.

Mereka bertemu dengan ahli-ahli pasukan pencari pada Ahad ketika dalam perjalanan untuk dari belantara dalam kelaparan tetapi berada dalam keadaan yang baik.

Artikel Berikut

Artikel Lain