suria

Letupan Dalam Trem, Sembilan Cedera

KIEV, Ukraine: Polis menyifatkan kejadian letupan di dalam sebuah trem di Dnipropetrovsk yang menyebabkan sembilan penumpang cedera, sebagai satu kemalangan.

Jurucakap Menteri Dalam Negeri, Volodymyr Polishchuk berkata, letupan itu berpunca daripada serbuk peledak yang dibawa oleh seorang daripada penumpang di dalam tram terbabit.

"Serbuk peledak itu meletup secara tiba-tiba, berkemungkinan disebabkan oleh suhu panas atau ia terjatuh ke atas lantai," katanya. - REUTERS

Artikel Berikut

Artikel Lain