suria

Kabus Tebal, 6 Penerbangan Domestik Dibatalkan

BAOSHAN: Keadaan kabus tebal telah melumpuhkan operasi di Lapangan Terbang Baoshan Yunduan, China menyebabkan enam penerbangan domestik terpaksa dibatalkan.

Sehubungan itu, lebih 480 penumpang termasuk sekumpulan wartawan yang menghadiri Perjalanan Yunnan untuk Media Arus Perdana dari Selatan dan Asia Tenggara, terkandas di terminal domestik.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Lapangan Terbang Baoshan Yunduan, Ting Yun Peng berkata, kabus tebal mula melanda kawasan berkenaan kira-kira pukul 3 petang dan menjadi semakin teruk selepas hujan lebat.

"Jarak penglihatan di lapangan terbang adalah kurang dari 200 meter dan keadaan itu menyebabkan tiga penerbangan China Eastern Airlines, dua penerbangan Lucky Air dan satu penerbangan Chongqing Airlines terpaksa dibatalkan," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain