suria

Jet Tentera Laut AS Terhempas di Maryland

WASHINGTON: Sebuah jet Tentera Laut Ameria Syarikat pada Selasa terhempas di Maryland, tidak jauh dari bandaraya Washington, namun tiada sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.

Hawk Global, yang beroperasi tanpa pegawasan pemandu dan sedang digunakan dalam ujian penerbangan itu terhempas kira-kira 100 kilometer dari Washington, berhampiran Pulau Bloodsworth, timur Lapangan Terbang Patuxent River, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Tentera Laut AS.

"Jet pejuang F/A-18 milik Tentera Laut AS kemudian merakamkan visual nahas dan pihak Tentera Laut AS sedang menyiasat punca kemalangan," katanya. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain