suria

PM Britain Bikin Gempar Tinggalkan Anak Perempuan Berusia 8 Tahun Di Restoran

Perdana Menteri Britain David Cameron bersama anaknya Nancy. -foto The Sun UK
Perdana Menteri Britain David Cameron bersama anaknya Nancy. -foto The Sun UK
Perdana Menteri Britain David Cameron bersama anaknya Nancy. -foto The Sun UK

PERDANA MENTERI Britain, David Cameron dan isterinya tidak sedar yang mereka telah meninggalkan anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun di restoran selepas selesai makan tengah hari pada Ahad.

Akhbar The Sun UK dalam laporan eksklusif mereka pada Isnin menyebut, David Cameron dan isterinya, Samantha dengan segera berpatah balik ke restoran berkenaan, Plough Inn di Cadsden sebaik sahaja mereka sedar kehilangan Nancy dan menemui anak mereka sedang duduk bersama-sama kakitangan restoran berkenaan.

“PM dan isterinya Samantha berasa cemas sebaik sahaja mereka sedar yang Nancy tidak berada bersama mereka di dalam kereta dan dengan segera berpatah balik ke restoran berkenaan," kata satu kenyataan ringkas dari pejabat perdana menteri kepada akhbar berkenaan.

Ketika mereka meninggalkan restoran berkenaan, Nancy sedang berada di dalam tandas.

Nancy dilaporkan telah ke tandas tanpa memaklumkan kepada mereka ketika Cameron dan isterinya sedang bersiap sedia untuk meninggalkan restoran itu untuk kembali ke kediaman desa mereka.

Cameron bersama-sama isteri dan anak-anaknya Nancy, Arthur, dan Florence yang berusia 22 bulan dan dua keluarga yang lain telah ke Plough Inn berhampiran dengan kediaman desa mereka di Chequers untuk menikmati makan tengah hari.

Mereka ke restoran berkenaan menggunakan dua buah kenderaan dengan perdana menteri menaiki kereta bersama-sama pengawal peribadinya manakala isterinya menaiki sebuah lagi kereta bersama anak-anak.

Masing-masing beranggapan Nancy berada bersama satu sama lain ketika kejadian itu berlaku.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain