suria

Tujuh Pengaman PBB Maut Dalam Serangan Hendap

ABIDJAN: Tujuh pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh dalam serangan hendap di barat Ivory Coast, lewat malam Jumaat.

Tragedi itu antara serangan paling dasyat sejak penempatan pengaman berkenaan pada 2004, kata jurucakap PBB, Sabtu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Paul Koffi Koffi, berkata penyerang menyeberangi negara ini dari negara jiran, Liberia.

Katanya, mangsa yang turut terbunuh adalah dua askar Ivory Coast dan sekurang-kurangnya seorang penduduk tempatan dibunuh.

"Menurut laporan awal, tujuh pengaman Niger terbunuh dalam serangan hendap di barat Nigeria," kata jurucakap itu.

Serangan itu turut mendapat kecaman PBB dan menyifatkan perbuatan tersebut melanggar undang-undang antarabangsa.

Artikel Lain