suria

Singapura Hos Persidangan Perniagaan Myanmar Ke-Enam

SINGAPURA: Singapura akan menjadi hos Persidangan Perniagaan Myanmar k-enam pada 16-17 Julai ini, bagi membolehkan pesertanya mendapatkan maklumat mengenai Undang-Undang Pelaburan Asing Myanmar dan "Condominium Law"nya yang perlu diketahui oleh peguam korporat, akauntan, CEO dan lain-lain.

Penganjur siri persidangan itu, William Tan berkata ahli-ahli perniagaan dari seluruh dunia akan diberi taklimat oleh pegawai kanan Pejabat Peguam Negara Myanmar yang bersamaan dengan Kementerian Undang-Undang mengenai Undang-Undang Pelaburan Asing.

"Persoalan mengenai pemilikan asing hartanah kediaman akan juga dibincangkan dengan panjang lebar. Undang-Undang itu diliputi di bawah "Condominium Law" yang baharu.

"Pemaju hartanah dan kontraktor yang mahu melabur dalam pembangunan perlu mengetahui undang-undang baharu ini yang mendefinisi mengenai "condominium," katanya di sini, Sabtu.

Tan berkata para pegawai kanan itu akan turut menyentuh mengenai banyak isu berkaitan pelabur asing di dalam projek perumahan swasta di Myanmar.

Selain itu, katanya kesemua aspek melakukan perniagaan di Myanmar akan dibincangkan dengan terperinci.

Seperti siri persidangan perniagaan yang lain, Tan berkata para delegasi akan dapat menyimpulkan "hubungan yang sangat berguna" yang dapat membantu pelaburan masing-masing. - BERNAMA

Artikel Lain