suria

Putera Philip Keluar Hospital Selepas Lima Hari Dirawat

Putera Philip
Putera Philip
Putera Philip

LONDON: Putera Philip, berusia 90, suami Ratu Elizabeth II di Britain meninggalkan hospital pada Sabtu selepas lima hari menjalani rawatan jangkitan pundi kencing.

Putera berjabat tangan dengan kakitangan, memberikan senyuman kepada pemberita dan mengangguk apabila ditanya jika dia berasa lebih baik ketika dia meninggalkan Hospital King Edward VII di pusat bandar London untuk menyambut ulang tahun ke 91 pada Ahad.

Philip telah dibawa ke hospital pada Isnin kerana jangkitan pundi kencing ketika sambutan jubli, kurang enam bulan selepas dia membuat rawatan arteri koronari yang tersumbat.

Seorang jurucakap Istana Buckingham berkata Philip akan menghabiskan hari lahirnya secara "persendirian" selepas dijemput dari hospital terkemuka di London dengan Land Rover diiringi polis.

Putera itu telah mengalami sakit dada semasa cuti Krismas dan terpaksa menjalani prosedur perubatan untuk arteri koronari yang tersumbat.

Artikel Lain