suria

Hartawan Perlombongan Arang Batu Australia Pindah Ke Singapura

SYDNEY: Jutawan perlombongan Australia Nathan Tinkler aakan berpindah ke Singapura untuk meningkatkan kekayaan dengan mendekati pasaran wang Asia, menurut laporan, Sabtu.

Tinkler, yang telah membina kekayaan melalui perlombongan arang batu bernilai Aus $915 juta pada usia 36, telah berpindah dari tempat asalnya Newcastle di utara Sydney, untuk mengejar kepentingan beliau di Asia, kata jurucakap kepada akhbar Fairfax.

"Tempat tinggal beliau sekarang ialah Singapura," kata jurucakap itu.

"Dia hanya mahu lebih dekat dengan pasaran, iaitu Asia."

Tinkler, usahawan muda yang paling kaya di Australia, memiliki dua francais sukan negara - liga ragbi kebangsaan Knights Newcastle dan Liga kelab bola sepak Jets Newcastle.

Artikel Lain