suria

Tiga Pelancong Perancis Terbunuh Kemalangan Bas Di Republik Dominican

-foto REUTERS
-foto REUTERS
-foto REUTERS

REPUBLIK DOMINICAN: Sebuah bas yang dipenuhi pelancong Perancis pada Khamis berlanggar dengan kereta api di timur Republik Dominican, membunuh sekurang-kurangnya tiga orang, kata seorang pegawai pertahanan awam.

Sekurang-kurangnya 10 penumpang di dalam bas itu cedera apabila bas melanggar keretapi dan telah dibawa ke hospital berhampiran, kata pengarah agensi pertahanan awam, Amado Avila.

Dua lelaki dan seorang wanita yang terbunuh adalah warga Perancis tetapi nama mereka belu lagi dikeluarkan, katanya.

Hampir 30 pelancong Perancis berada di dalam bas bersama-sama dengan dua rakyat Dominican.

Ia datang dari lapangan terbang apabila melanggar kereta api.

Pelancong dikatakan sedang menuju ke kompleks pelancongan Punta Cana.

Punca kemalangan sedang disiasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain