Tiada Kemungkinan Bagi India Capai Tahap Sara Diri Minyak Makan - Dunia | mStar

Tiada Kemungkinan Bagi India Capai Tahap Sara Diri Minyak Makan

MUMBAI: India tidak berkemungkinan mencapai kedudukan yang benar-benar cukup sara diri dalam soal minyak makan, kata Presiden Persatuan Pengeluar Solven India, Sushil Goenka.

"Untuk memastikan India tidak terlalu bergantung (kepada pihak lain)... Biarlah kita berterus terang. Bagi India muncul sebagai negara yang 100 peratus cukup sara diri dalam minyak makan, adalah mustahil.

"Bagaimanapun, pergantungan India kepada import, yang beransur-ansur meningkat sebanyak 10 hingga 20 peratus kepada 85 peratus, haruslah dikurangkan," katanya pada Pameran & Seminar Perdagangan Minyak Sawit Malaysia-India 2012.

Beliau menyarankan bahawa satu cara untuk mengurangkan import ialah dengan meningkatkan produktiviti.

"Produktiviti adalah rendah pada 1,000 kilogram sehektar berbanding purata dunia 2,000 kilogram sehektar dan pengeluaran tertinggi ialah 3,000 kilogram sehektar," katanya.

Keduanya, peladang tempatan perlu disediakan bahan-bahan dan teknologi yang baik.

Selain itu, penanaman kelapa sawit bukan sahaja harus digalakkan di India, malah juga diisytiharkan sebagai tanaman ladang, kata beliau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain