suria

Sebuah Lagi Negeri Di AS Tentang Perkahwinan Sejenis

OLYMPIA: Sebuah lagi negeri di Amerika Syarikat terpaksa menangguhkan pelaksanaan undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis selepas pihak yang menentangnya berjaya mengumpulkan 200,000 tandatangan yang menuntut isu tersebut ditentukan melalui satu referandum November nanti.

Kumpulan yang mengelar diri mereka Preserve Marriage Washington telah mengemukakan senarai tandatangan itu sehari sebelum pentadbiran negeri Washington membenarkan perkahwinan sejenis.

Undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis itu telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan ditandatangan oleh Gabenor Chris Gregoire pada awal tahun ini.

Jika undang-undang itu berjaya dilaksanakan Washington bakal menjadi negeri yang ketujuh di Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan perkahwinan sejenis.

Presiden Barack Obama baru-baru ini telah secara terbuka menyatakan sokongannya kepada perkahwinan sejenis - sekaligus mencetuskan kontroversi.

Sebuah lagi negeri iaitu Maryland juga telah meluluskan undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis tahun ini tetapi telah dipaksa untuk menjalankan referandum bagi memperolehi keputusan ramai.

Buat masa ini, negeri-negeri yang telah membenarkan perkahwinan sejenis ialah New York, Connecticut, Iowa, Massachusetts, New Hampshire, Vermont dan Washington, D.C.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain