suria

Lelaki Menyamar Ejen FBI Ditahan

ISLAMABAD: Seorang lelaki yang menyamar sebagai ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan melakukan penipuan sebanyak $21,000 terhadap beberapa pelanggan di sini telah ditahan polis pada Jumaat.

Hayat Khan, 48, ditahan dalam satu operasi pada Khamis selepas menerima beberapa aduan, kata jurucakap polis Suhail Akram.

"Lelaki tersebut memperoleh jutaan rupee. Dia kini sedang ditahan," katanya.

Khan mendakwa dia berkhidmat untuk FBI dan memerangkap mangsa dengan menawarkan pertukaran mata wang AS pada kadar jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Namun, masih tidak dapat dipastikan mengapa dia bertindak berpura-pura sebagai ejen FBI.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain