suria

Tahap Kesihatan Mubarak Kian Merosot

KAHERAH: Keadaan kesihatan Hosni Mubarak dilaporkan semakin merosot pada Rabu, sehari selepas bekas Presiden Mesir itu dimasukkan ke dalam penjara bagi menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Pakar kesihatan kini sedang melakukan pemeriksaan sama ada untuk memindahkan Mubarak ke hospital yang mempunyai kemudahan rawatan lebih baik.

Pegawai di Penjara Torah, di Kaherah berkata, tahap kesihatan pemimpin berusia 84 tahun itu kini memasuki zon bahaya dengan doktor terpaksa membekalkan oksigen lima kali untuk membantu pernafasannya.

Mubarak juga mempunyai penyakit darah tinggi dan lemah jantung, kata seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan.

Beliau kini dikawat di unit kawalan intensif (ICU) di hospital di dalam penjara berkenaan yang sebelum ini diubah suai dengan menelan belanja AS$1 juta khusus untuk menerima kemasukannya ke dalam penjara itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain