suria

Dua Cedera Serangan Udara Israel di Gaza

GAZA CITY: Pesawat tempur Israel menyerang dua sasaran di Semenanjung Gaza, awal pagi Rabu menyebabkan sekurang-kurangnya dua penduduk Palestin cedera.

Sumber pegawai perubatan menyebut, seorang daripada mereka parah dalam serangan di kawasan yang menempatkan kemudahan pasukan keselamatan Palestin di utara Semenanjung Gaza itu.

Satu lagi serangan mensasarkan kawasan ternakan di Rafah.

Tentera Israel mendakwa serangan itu dibuat kerana kedua-dua sasaran adalah kawasan penempatan senjata api yang besar.

Israel juga mendakwa, serangan balas itu dibuat selepas pejuang Gaza menembak roket ke arah selatan Israel beberapa jam sebelum itu tetapi tiada yang cedera. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain