suria

AS Sahkan Pemimpin No.2 Al-Qaeda Terbunuh

Abu Yahya al-Libi
Abu Yahya al-Libi
Abu Yahya al-Libi

ISLAMABAD: Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengesahkan pemimpin nombor dua Al-Qaeda, Abu Yahya al-Libi terbunuh dalam serangan peluru berpandu yang dilancarkan di Pakistan, Selasa.

Susulan perkembangan itu, AS menyifatkan ia sebagai tamparan hebat kepada gerakan pengganas, Al-Qaeda sejak kematian Osama bin Laden.

Libi disifatkan pemimpin kedua tertinggi dalam hierarki Al-Qaeda selepas pengganti Osama, Ayman al-Zawahiri.

“Kerajaan AS hari ini (Rabu) mengesahkan kematian Al-Libi,” kata jurucakap White House, Jay Carney di Washington, Rabu.

Beberapa pegawai enggan memberi komen sama ada berlaku sebarang kecederaan ketika serangan di Libi, selepas laporan terdahulu menyatakan 15 orang maut dalam serangan peluru berpandu itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain