suria

Penentang Kerajaan Di Vietnam Dipenjara Lima Tahun

HANOI: Seorang penunjuk perasaan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh sebuah mahkamah di selatan Vietnam pada Rabu kerana menentang kerajaan.

Phan Ngoc Tuan, 53, didapati bersalah oleh mahkamah di wilyah Ninh Thuan kerana menyebarkan ideologi anti-kerajaan.

Tertuduh turut dikenakan tahanan dalam rumah, menurut jurucakap mahkamah pada Rabu.

Tuan didakwa mengedarkan dokumen dan risalah anti kerajaan di Hanoi dan Bandaraya Ho Chi Minh antara April 2010 dan penahanannya pada Ogos 2011.

Menurut akhbar online popular, Kien Thuc, Tuan menerima sejumlah wang daripada kumpulan dan individu tertentu untuk mengedarkan dokumen bertujuan memfitnah Parti Komunis dan negara tersebut.

Tuan bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain