suria

"Rock 'n' Roll" Dan Lampu, Meriahkan Sambutan Jubli Di Britain

LONDON: Acara untuk menyambut Sambutan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth II sudah siap sedia sepenuhnya.

Konsert gala bermula di Buckingham Palace pada petang Isnin dengan menampilkan penyanyi terkemuka seperti Elton John, Paul McCartney, Dame Shirley Bassey, Cliff Richard dan Tom Jones untuk mengetuai barisan, bersama-sama artis lain yang lebih muda.

Selepas itu, lebih 4,200 lampu akan bergemerlapan di Britain dan di luar negara untuk merayakan perayaan jubli ini.

Satu lampu akan dinyalakan di Hotel Treetops di Kenya, tempat di mana Elizabeth telah dimaklumkan mengenai kematian ayahnya pada tahun 1952, sekali gus menjadikannya permaisuri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain